Pemain Radio Stay.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar Stay.Fm



Friday 21 December 2012

Rakan Artis Stay.Fm - Robert Joe Kimsin




Hai semua kawan kawan.. Kali ini admin mahu memperkenalkan kepada kawan kawan semua seorang artis yang memang lama sudah menceburi bidang nyanyian. Mungkin ada yang kenal dan mungkin ada juga yang tidak kenal dengan beliau ni kan.

Oklah, pemilik gambar bernama Robert Joe Kimsin yang berasal dari kuala penyu. Dia ni kan kawan kawan memang kira otai atau lebih senang cakap memang sudah lama bertapak dalam bidang hiburan di sabah ni.

Cuma lagu lagu dia kurang di mainkan di radio dan kurang di promosikan sebab dia ni bekerja sana di semenanjung. Jarang jarang juga dia balik sabah tapi di semenanjung dia aktif juga menyanyi dan menerima undangan menyanyi.

Untuk makluan semua, si obot ni baru saja siap merakamkan 8 buah lagu. Tidak lama lagi akan keluar di pasaran. Tapi buat masa ni masih dalam proses lagi la. Kamu jangan lupa beli yang original kalau sudah keluar nanti arr. Berita terbaru mengenai dia ni, sekarang dia bernaung di bawah pengurusan RicHBro entertainment untuk album dia yang ke-2. Kita support karya artis sabah.

Lagu lagu dia ni kalau kamu mau dengar memang ndada di youtube. Jadi, kamu dengar saja di radio Stay.Fm ni lagu dia ada 9 semua dari album pertama dia. Ok lah, kalau kamu mau kenal kenal lebih si obot ni di sini admin kasi tayang sikit cerita pasal dia ni atau biodata dia la. kamu baca la arr..


Nama : Robert Joe Kimsin

Email : richbro_ent88@yahoo.com

Tpt/lahir : Kg. Bundu, Kuala Penyu

Bangsa : Dusun-Tatana

Bil. a/beradik : 4, anak ke-4

Hobi : Menyanyi, mendengar musik dan memancing

Aktiviti : Menyanyi, mendengar musik dan mencipta lirik

Pencapaian dalam bidang seni suara :

1. NAIB JOHAN - Pertandingan Bintang Kaamatan Kg. Mogoputi Penampang( 1984 )

2. NAIB JOHAN - Pertandingan Mencipta Lirik / Lagu Tatana Daerah Kuala Penyu ( 1988)

3. JUARA - Bintang 100 Tahun Bahagian Pantai Barat Selatan ( 1989 )

4. NAIB JUARA - Pertandingan Bintang Kaamatan Peringkat K.Penyu ( 1990 )

5. FINALIST - Pertandingan Panyanyi Berbakat Seluruh Negeri Sabah ( 1991 )

6. JUARA - Pertandingan Bintang Kaamatan Peringkat Uitm Shah Alam ( 1996 )

7. JUARA - Pertandingan Sugandoi Peringkat Kuala Lumpur ( 2002 )

8. FINALIST - Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah Di KDCA ( 2002 )

9. Merakam Album Solo Pertama, "Ralan Tosonong" ( 2007 )

10. Merakam Album Solo Ke-Dua "Ondomo Zou Diau" ( 2012 )

No comments:

Post a Comment