Pemain Radio Stay.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar Stay.Fm



Saturday 22 December 2012

Anugerah PARAS (Persatuan Rumpun Artis Sabah)





Pada 22.12.2012, telah berlangsung satu majlis anugerah bagi memberi penghargaan kepada artis artis sabah yang telah di anjurkan oleh Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS). Program ini telah di adakan di Star city grand ballroom kota kinabalu dan di rasmikan oleh Dato Dr Rais Yatim. 

Tapi admin sendiri tidak pasti la waktu itu Dato ada atau pun tiada kerana admin tidak dapat datang di sebabkan admin ada komitmen lain. Tapi dengar dengar cerita program itu memang berjalan dengan lancar dan memang meriah. 

Apapun syabas  dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah mengadakan majlis malam anugerah ini. Di harapkan dengan wujudnya anugerah seperti ini, para pengkarya seni sabahan khususnya akan terus berusaha untuk memajukan industri hiburan sabahan khususnya.

Berikut adalah keputusan penuh dan penerima anugerah malam Anugerah PARAS tahun 2012:

1. Penyanyi Lelaki Pilihan : Jimmy Palikat

2. Penyanyi Wanita Pilihan : Clarice John Matha

3. Pelakon Tv Lelaki Pilihan : Ebi Kornelis (Ebi Af5)

4. Pelakon Tv Wanita Pilihan : Marsha Milan Londoh

5. Penyanyi Lelaki Harapan : Janrywine J. Lusin

6. Penyanyi Wanita Harapan : Ivy Alexandra ( Zara Pearl)

7. Pelakon Tv Lelaki Harapan : Marlin Malalin

8. Pelakon Tv Wanita Harapan : Lia Natalia

9. Pelakon Tv Veteran Lelaki Pilihan : Mat Congo (om)

10. Pelakon Tv Veteran Wanita Pilihan : Dg Hasnah Ibrahim

Anugerah khas juara rancangan realiti tv:

1. Rey Kimara (Juara Bintang RTM)

2. Jiaja (Juara rancangan astro. Admin lupa sudah)

3. Ayu (OIAM)

4. Salmah (Mentor)

5. Pija (Mentor)

6. Stacy (Akademi Fantasia)

7. Dj Othoe (Ex- Suriafm)

dan ramai lagi... Admin pun tidak apa lagi yg admin tertinggal sebab admin tidak datang kan hehehe.. Apa pun, tahniah kepada pemenang yang telah berjaya.

Pendapat peribadi dan ikhlas dari admin, di masa akan datang di harapkan pihak persatuan PARAS aku cuba membuat postmortem atau kaji lagi untuk anugerah atau penganjuran yang akan datang. 

Kalau boleh, jangan fokuskan pada bidang nyanyian dan lakonan sahaja kerana persatuan ini adalah rumpun yang mana menggabungkan semua cabang seni dalam industri hiburan. 

Wujudkan juga anugerah untuk menghargai bidang lain seperti anugerah khas wartawan, anugerah khas band @ kumpulan sabahan, anugerah khas untuk setiap lagu etnik di sabah, anugerah khas karyawan dan sebagainya sekiranya dapat tajaan dari ramai pihak. 

Selain itu, nyatakan juga dengan jelas bagaimana proses calon ini dipilih, kelayakan untuk di calonkan dan sistem perjurian supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau tangapan negatif orang.

Akhir kata, sebagai kesimpulan mudah mudahan perkembangan baik untuk industri hiburan sabah ini akan terus meningkat dan dapat di terima oleh semua orang. Kita sama sama sokong usaha orang kita sendiri. 

No comments:

Post a Comment