Pemain Radio Stay.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar Stay.Fm



Saturday 12 January 2013

KDM Malaysia Idol 2013

Peluang Keemasan dan berita gembira kepada anda 

yang bercita cita ingin menjadi PENYANYI.



Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM) dengan 

kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Celcom, 

Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan 

Serta Universiti Malaysia Sabah menganjurkan 

pertandingan KDM Malaysia Idol 2013 yang julung 

julung kalinya diadakan dan bakal mencipta sejarah 

Industri Hiburan Di sabah.


Seramai 50 Orang peserta akan di pilih bagi merebut 

gelaran juara dan akan membawa pulang wang sebanyak 

RM100,000.00 serta akan diberikan pekerjaan tetap dan 

merebut gelaran Juara KDM Malaysia Idol yang Pertama.


Tujuan program realiti ini di adakan adalah untuk 

mencungkil bakat baru terutamanya mereka yang 

berbakat besar dalam bidang nyanyian di kawasan 

pedalaman sabah khasnya dan di negeri sabah Amnya. 

Ini juga adalah sebagai rasa kesyukuran dan 

penghargaan tulus KDM Malaysia terhadap segala 

aspirasi, usaha keras dan budi YAB Perdana Menteri 

dalam menjadikan Malaysia lebih bersatu dan tersanjung 

disamping mendidikasikan usaha untuk kesatuan dan 

perpaduan bangsa. Di samping itu KDM Malaysia Idol 

juga ingin melahirkan idol yang mempunyai 

keperibadian yang seimbang dan boleh di jadikan 

contoh teladan kepada semua anak muda yang lain.

Selain itu, 50 orang peserta yang akan di pilih untuk 


bersaing menjadi juara akan di tempatkan di UMS 

selama 6 Minggu dan akan di berikan kursus dan latihan 

pendidikan bertaraf Diploma di samping akan di ajar 

teknik penyampaian nyanyian yang betul oleh guru guru 

yang telah di pilih. Program ini juga akan di siarkan 

secara langsung di TV yang akan di tentukan kelak. 

Sistem penjurian dilakukan melalui 70% keputusan SMS 

dan 30% melalui juri Profesional.



KDM Malaysia Idol 2013 juga akan mengadakan 

penyingkiran setiap minggu. Kesemua 50 orang peserta 

ini juga di janjikan dengan kerja tetap walaupun mereka 

tidak berjaya menjadi juara. Tujuannya agar nasib 

peserta ini akan terbela di samping melahirkan seorang 

Bintang (Artis) yang berkebolehan atau berbakat besar 

dalam nyanyian dan Berpengetahuan luas.


Selain itu, bagi penghantar SMS terbanyak akan 

menerima habuan Sebuah Kereta MYvi. Hasil 

pendapatan SMS 5% daripada jumlah undian akan di 

sumbangkan kepada Tabung Kebajikan Pelajar 

Termiskin Luar Bandar Sabah.


Syarat Syarat penyertaan :

1. Warganegara Malaysia berumur 15 hingga 45 Tahun


2. Berkeupayaan menyampaikan persembahan (Lagu) 

dalam bahasa kadazan, dusun, sungai atau murut.


3. Tidak komitmen lain (kerana peserta akan tinggal 

selama 6 minggu di UMS)


4. Mereka yang pernah merakamkan album (artis) pun 


boleh turut serta.


Tarikh & Tempat Uji bakat:


19.01.2013 = Kg Kokol Menggatal Inanam

27.01.2013 = Telupid

09.02.2013 = Kemabong, Tenom

16.02.2013 = Kompleks Sukan Keningau

23.02.2013 = Dewan Masyarakat Ranau

02.03.2013 = Dewan Masyarakat Pitas

09.03.2013 = Dewan Masyarakat Tamparuli

16.03.2013 = Dewan Masyarakat Papar

23.03.2013 = Dewan Masyarakat Beaufort

30.03.2013 = Bohavan Square Dongongon Penampang

Hadiah Yang Di Tawarkan:

Johan : Rm100,000.00

Ke- 2 : Rm50,000.00

Ke-3 : 30,000.00

Ke-4 : 15,000.00

Ke-5 hingga Ke-8 : Rm10,000.00


Sebarang pertanyaan boleh lawati fb KDM 

dihttps://www.facebook.com/KDMMalaysia atau hubungi 

mereka di

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia

Lot 20-2 (R), 2nd Floor,

Beverly Hills Plaza,

Jalan Bundusan, Penampang,

88300 Kota Kinabalu,Sabah.

No. Tel : +6088-7723675 / 723676

No. Faks : +6088-720675

Email : sekretariat@kdmmalaysia.org

Saturday 22 December 2012

Anugerah PARAS (Persatuan Rumpun Artis Sabah)





Pada 22.12.2012, telah berlangsung satu majlis anugerah bagi memberi penghargaan kepada artis artis sabah yang telah di anjurkan oleh Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS). Program ini telah di adakan di Star city grand ballroom kota kinabalu dan di rasmikan oleh Dato Dr Rais Yatim. 

Tapi admin sendiri tidak pasti la waktu itu Dato ada atau pun tiada kerana admin tidak dapat datang di sebabkan admin ada komitmen lain. Tapi dengar dengar cerita program itu memang berjalan dengan lancar dan memang meriah. 

Apapun syabas  dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah mengadakan majlis malam anugerah ini. Di harapkan dengan wujudnya anugerah seperti ini, para pengkarya seni sabahan khususnya akan terus berusaha untuk memajukan industri hiburan sabahan khususnya.

Berikut adalah keputusan penuh dan penerima anugerah malam Anugerah PARAS tahun 2012:

1. Penyanyi Lelaki Pilihan : Jimmy Palikat

2. Penyanyi Wanita Pilihan : Clarice John Matha

3. Pelakon Tv Lelaki Pilihan : Ebi Kornelis (Ebi Af5)

4. Pelakon Tv Wanita Pilihan : Marsha Milan Londoh

5. Penyanyi Lelaki Harapan : Janrywine J. Lusin

6. Penyanyi Wanita Harapan : Ivy Alexandra ( Zara Pearl)

7. Pelakon Tv Lelaki Harapan : Marlin Malalin

8. Pelakon Tv Wanita Harapan : Lia Natalia

9. Pelakon Tv Veteran Lelaki Pilihan : Mat Congo (om)

10. Pelakon Tv Veteran Wanita Pilihan : Dg Hasnah Ibrahim

Anugerah khas juara rancangan realiti tv:

1. Rey Kimara (Juara Bintang RTM)

2. Jiaja (Juara rancangan astro. Admin lupa sudah)

3. Ayu (OIAM)

4. Salmah (Mentor)

5. Pija (Mentor)

6. Stacy (Akademi Fantasia)

7. Dj Othoe (Ex- Suriafm)

dan ramai lagi... Admin pun tidak apa lagi yg admin tertinggal sebab admin tidak datang kan hehehe.. Apa pun, tahniah kepada pemenang yang telah berjaya.

Pendapat peribadi dan ikhlas dari admin, di masa akan datang di harapkan pihak persatuan PARAS aku cuba membuat postmortem atau kaji lagi untuk anugerah atau penganjuran yang akan datang. 

Kalau boleh, jangan fokuskan pada bidang nyanyian dan lakonan sahaja kerana persatuan ini adalah rumpun yang mana menggabungkan semua cabang seni dalam industri hiburan. 

Wujudkan juga anugerah untuk menghargai bidang lain seperti anugerah khas wartawan, anugerah khas band @ kumpulan sabahan, anugerah khas untuk setiap lagu etnik di sabah, anugerah khas karyawan dan sebagainya sekiranya dapat tajaan dari ramai pihak. 

Selain itu, nyatakan juga dengan jelas bagaimana proses calon ini dipilih, kelayakan untuk di calonkan dan sistem perjurian supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau tangapan negatif orang.

Akhir kata, sebagai kesimpulan mudah mudahan perkembangan baik untuk industri hiburan sabah ini akan terus meningkat dan dapat di terima oleh semua orang. Kita sama sama sokong usaha orang kita sendiri. 

Friday 21 December 2012

Rakan Artis Stay.Fm - Robert Joe Kimsin




Hai semua kawan kawan.. Kali ini admin mahu memperkenalkan kepada kawan kawan semua seorang artis yang memang lama sudah menceburi bidang nyanyian. Mungkin ada yang kenal dan mungkin ada juga yang tidak kenal dengan beliau ni kan.

Oklah, pemilik gambar bernama Robert Joe Kimsin yang berasal dari kuala penyu. Dia ni kan kawan kawan memang kira otai atau lebih senang cakap memang sudah lama bertapak dalam bidang hiburan di sabah ni.

Cuma lagu lagu dia kurang di mainkan di radio dan kurang di promosikan sebab dia ni bekerja sana di semenanjung. Jarang jarang juga dia balik sabah tapi di semenanjung dia aktif juga menyanyi dan menerima undangan menyanyi.

Untuk makluan semua, si obot ni baru saja siap merakamkan 8 buah lagu. Tidak lama lagi akan keluar di pasaran. Tapi buat masa ni masih dalam proses lagi la. Kamu jangan lupa beli yang original kalau sudah keluar nanti arr. Berita terbaru mengenai dia ni, sekarang dia bernaung di bawah pengurusan RicHBro entertainment untuk album dia yang ke-2. Kita support karya artis sabah.

Lagu lagu dia ni kalau kamu mau dengar memang ndada di youtube. Jadi, kamu dengar saja di radio Stay.Fm ni lagu dia ada 9 semua dari album pertama dia. Ok lah, kalau kamu mau kenal kenal lebih si obot ni di sini admin kasi tayang sikit cerita pasal dia ni atau biodata dia la. kamu baca la arr..


Nama : Robert Joe Kimsin

Email : richbro_ent88@yahoo.com

Tpt/lahir : Kg. Bundu, Kuala Penyu

Bangsa : Dusun-Tatana

Bil. a/beradik : 4, anak ke-4

Hobi : Menyanyi, mendengar musik dan memancing

Aktiviti : Menyanyi, mendengar musik dan mencipta lirik

Pencapaian dalam bidang seni suara :

1. NAIB JOHAN - Pertandingan Bintang Kaamatan Kg. Mogoputi Penampang( 1984 )

2. NAIB JOHAN - Pertandingan Mencipta Lirik / Lagu Tatana Daerah Kuala Penyu ( 1988)

3. JUARA - Bintang 100 Tahun Bahagian Pantai Barat Selatan ( 1989 )

4. NAIB JUARA - Pertandingan Bintang Kaamatan Peringkat K.Penyu ( 1990 )

5. FINALIST - Pertandingan Panyanyi Berbakat Seluruh Negeri Sabah ( 1991 )

6. JUARA - Pertandingan Bintang Kaamatan Peringkat Uitm Shah Alam ( 1996 )

7. JUARA - Pertandingan Sugandoi Peringkat Kuala Lumpur ( 2002 )

8. FINALIST - Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah Di KDCA ( 2002 )

9. Merakam Album Solo Pertama, "Ralan Tosonong" ( 2007 )

10. Merakam Album Solo Ke-Dua "Ondomo Zou Diau" ( 2012 )

Pengumuman

Untuk Makluman para pendengar dan juga pelawat, laman sesawang ini hanya sementara waktu kerana pada ketika ini kami sedang dalam proses mengemaskini dan menaik taraf laman web kami. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke radio kami. Segala kesulitan amat di kesali... 

Thursday 20 December 2012

Mengenai Stay.Fm






Latar Belakang Stay.Fm

- Asalnya radio Stay.Fm adalah sebuah radio online yang bernama Sapsai.Fm. Namun, di bawah pengurusan yang baharu, nama Sapsai.Fm telah di ganti dengan nama Stay.Fm supaya lebih dikenali dan releven dengan keadaan semasa.

- Stay.Fm mewakili maksud stabil dan tetap dan nama ini digunakan bagi menunjukkan identiti radio online ini sendiri yang akan terus bertahan dan terus wujud dan di asaskan oleh Ateh Wildan.

-Stay.Fm kini bernaung di bawah syarikat RicHBro Entertainment dengan kerjasama Radio Online Utarafm dan studio rakaman Magus8Entertainment.


 Motto

Stay Tune... Stay Stay dulu bah..


Objektif Penubuhan


-Mempelbagaikan genre muzik dan industri hiburan online tempatan khususnya di Sabah dan Malaysia secara umumnya.

-Membantu mempromosikan lagu-lagu atau karya artis tanah air.

-Berkongsi sebarang maklumat sama ada maklumat. semasa, terkini, dan apa sahaja.

-Menjadikan sapsai.Fm sebagai medium untuk mencari kenalan, mengeratkan silaturahim sesama rakan-rakan online.

-Menghiburkan pendengar dengan cara menunaikan lagu-lagu permintaan yang diminta

-Melahirkan penyampai radio yang mantap, berpengetahuan dan berpengalaman dan mampu berdikari