Pemain Radio Stay.Fm

Winamp windows Media Player Real Player

Sila klik mana-mana player di atas untuk mendengar Stay.Fm



Saturday 12 January 2013

KDM Malaysia Idol 2013

Peluang Keemasan dan berita gembira kepada anda 

yang bercita cita ingin menjadi PENYANYI.



Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM) dengan 

kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Celcom, 

Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan 

Serta Universiti Malaysia Sabah menganjurkan 

pertandingan KDM Malaysia Idol 2013 yang julung 

julung kalinya diadakan dan bakal mencipta sejarah 

Industri Hiburan Di sabah.


Seramai 50 Orang peserta akan di pilih bagi merebut 

gelaran juara dan akan membawa pulang wang sebanyak 

RM100,000.00 serta akan diberikan pekerjaan tetap dan 

merebut gelaran Juara KDM Malaysia Idol yang Pertama.


Tujuan program realiti ini di adakan adalah untuk 

mencungkil bakat baru terutamanya mereka yang 

berbakat besar dalam bidang nyanyian di kawasan 

pedalaman sabah khasnya dan di negeri sabah Amnya. 

Ini juga adalah sebagai rasa kesyukuran dan 

penghargaan tulus KDM Malaysia terhadap segala 

aspirasi, usaha keras dan budi YAB Perdana Menteri 

dalam menjadikan Malaysia lebih bersatu dan tersanjung 

disamping mendidikasikan usaha untuk kesatuan dan 

perpaduan bangsa. Di samping itu KDM Malaysia Idol 

juga ingin melahirkan idol yang mempunyai 

keperibadian yang seimbang dan boleh di jadikan 

contoh teladan kepada semua anak muda yang lain.

Selain itu, 50 orang peserta yang akan di pilih untuk 


bersaing menjadi juara akan di tempatkan di UMS 

selama 6 Minggu dan akan di berikan kursus dan latihan 

pendidikan bertaraf Diploma di samping akan di ajar 

teknik penyampaian nyanyian yang betul oleh guru guru 

yang telah di pilih. Program ini juga akan di siarkan 

secara langsung di TV yang akan di tentukan kelak. 

Sistem penjurian dilakukan melalui 70% keputusan SMS 

dan 30% melalui juri Profesional.



KDM Malaysia Idol 2013 juga akan mengadakan 

penyingkiran setiap minggu. Kesemua 50 orang peserta 

ini juga di janjikan dengan kerja tetap walaupun mereka 

tidak berjaya menjadi juara. Tujuannya agar nasib 

peserta ini akan terbela di samping melahirkan seorang 

Bintang (Artis) yang berkebolehan atau berbakat besar 

dalam nyanyian dan Berpengetahuan luas.


Selain itu, bagi penghantar SMS terbanyak akan 

menerima habuan Sebuah Kereta MYvi. Hasil 

pendapatan SMS 5% daripada jumlah undian akan di 

sumbangkan kepada Tabung Kebajikan Pelajar 

Termiskin Luar Bandar Sabah.


Syarat Syarat penyertaan :

1. Warganegara Malaysia berumur 15 hingga 45 Tahun


2. Berkeupayaan menyampaikan persembahan (Lagu) 

dalam bahasa kadazan, dusun, sungai atau murut.


3. Tidak komitmen lain (kerana peserta akan tinggal 

selama 6 minggu di UMS)


4. Mereka yang pernah merakamkan album (artis) pun 


boleh turut serta.


Tarikh & Tempat Uji bakat:


19.01.2013 = Kg Kokol Menggatal Inanam

27.01.2013 = Telupid

09.02.2013 = Kemabong, Tenom

16.02.2013 = Kompleks Sukan Keningau

23.02.2013 = Dewan Masyarakat Ranau

02.03.2013 = Dewan Masyarakat Pitas

09.03.2013 = Dewan Masyarakat Tamparuli

16.03.2013 = Dewan Masyarakat Papar

23.03.2013 = Dewan Masyarakat Beaufort

30.03.2013 = Bohavan Square Dongongon Penampang

Hadiah Yang Di Tawarkan:

Johan : Rm100,000.00

Ke- 2 : Rm50,000.00

Ke-3 : 30,000.00

Ke-4 : 15,000.00

Ke-5 hingga Ke-8 : Rm10,000.00


Sebarang pertanyaan boleh lawati fb KDM 

dihttps://www.facebook.com/KDMMalaysia atau hubungi 

mereka di

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia

Lot 20-2 (R), 2nd Floor,

Beverly Hills Plaza,

Jalan Bundusan, Penampang,

88300 Kota Kinabalu,Sabah.

No. Tel : +6088-7723675 / 723676

No. Faks : +6088-720675

Email : sekretariat@kdmmalaysia.org

No comments:

Post a Comment